Wednesday, 31 August 2016

SEJARAH KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.


TAJUK : SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.
PENSYARAH : PUAN LIANA
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN AWAM.
NAMA PELAJAR :
·         FATIN SALEHA BINTI ABU BAKAR.         (02DKA16F1048 )
·         TIARA BINTI RAZALI.                                (02DKA16F1019 )
·         NURIN ATHIRAH BINTI RAMLAN           ( 02DKA16F1076 )
·         SITI NURUL AMIRA BINTI                        (02DKA16F1110 )

PROGRAM : DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM.

KELAS : DKA 1A.


PENGHARGAAN.
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kami Berjaya menyiapkan e-folio dengan jayanya. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Puan LIANA dan rakan seperjuangan kerana memberi pendapat dan kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan tugasan.

PENGENALAN.
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Oleh itu masyarakat majmuk di Negara kita. Masyarakat utama di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.  

Kepelbagaian kaum di Malaysia.


MAKSUD MASYRAKAT MAJMUK.
-MASYARAKAT MAJMUK ADALAH KEWUJUDAN BUDAYA,EKONOMI,TEMPAT TINGGAL,PEGANGAN IDEOLOGI POLITIK DAN SOSIAL DALAM PELBAGAI ETNIK YANG BERBEZA.

CIRI-CIRI
-BERKELOMPOK
-BERBUDAYA
-MENGALAMI PERUBAHAN
-BERHUBUNGAN(DALAM DAN DENGAN PIHAK LUAR)
-MEMPUNYAI KEPIMPINAN
-MEMPUNYAI ATURAN SOSIALNYA(SUSUN LAPIS,KELAS,STATUS,DAN KASTA)


Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan , pelayaran , dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi orang - orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru , konsep percampuran popilasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah dan antropologi sosial bersetuju bahawa stuktur  susunan etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman prkembangan colonial dan eksploitasi orang British di semenanjung Malaysia. Dalam tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola - pola etnik,ekonomi dan politik masa kini di semenanjung Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan migran secara besar besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan colonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Walaubagaimanapun ,jangka masa singkat diananggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik – etnik Melayu ,Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Sebelum abad ke 18 penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli,Melayu, dan Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili 1985 : 4 )
Pada awal abad ke 18, perubahan dalam sruktur masyarakat berlaku di Malaysi disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat factor penarik yang ada dibumi mahupun factor penolak di Negara asal masing – masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi factor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China Dan India.
Hal ini kerana, masyarakat China daripada negaranya sebenarnya ingin keluar daripada hidup dalam kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh – buruh China ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenal pasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah semakin bertambah dari masa ke masa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan system social alam Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu akhirnya membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandagan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas Cina adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah keluar. Suasana di Negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke Negara – Negara lain termasuk Tanah Melayu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilang mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya menguasai negari – negeri Melayu.
Selain migran daripada Negara China dan India , Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan masyarakat luar seperti Indonesia dan Ceylon. Namun bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada Cina dan India.
RUMUSAN
Berdasarkan daripada kajian ini, kami mendapati bahawa di Malaysia wujudnya masyarakat majmuk kerana adanya plbagai jenis kaum dan bangsa di mana merek, menghormati diantara satu sama lain serta bersatu padu dengan adanya kata sepakat antara mereka. Sejurusnya, dapat mempertingkat lagi ekonomi serta menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Oleh itu, masyarakat di Malaysia seharusnya memupuk sikap toleransi dan bertolak ansur serta menghormati sesame kaum apa jua keadaan. Dengan ini Wawasan 2020 dapat dicapai.



No comments:

Post a Comment